• +6013-9526200
  • support@servispro.my

    Website vs Platform. Yang mana lagi bagus untuk Pemasaran?

    Bermula tahun lepas, apabila pandemik Covid-19 mula merebak, ramai yang terjejas pendapatan. Perniagaan terpaksa dittutup dan pergerakan semakin terhad dan terbatas. Kerajaan mula menyarankan peniaga agar menggunakan digitalisasi bagi meneruskan kelangsungan perniagaan. Ada yang menyahutnya bahkan masih ramai yang skeptikal dengan cara lama.

    Untuk beralih kepada digital mungkin mengambil sedikit masa. Negara luar sudah jauh dalam aspek ini. Mereka menggunakan teknologi sepenuhnya untuk mengoptimumkan pendapatan mereka, walaupun jauh di pendalaman sebagai petani.

    Website / Laman Web
    Ia umpama kedai/premis perniagaan kita yang dibuka sepanjang masa. Zaman ini pelanggan akan mencari info terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Bayangkan hampir kesemua rakyat kita memiliki henset yang ada capaian internet. Perniagaan yang mempunyai premis online pasti akan mendapat perhatian. Yang tiada, mereka seolah tidak wujud. Namun, untuk memiliki satu website yang baik akan membelanjakan sedikit kos. Harga web sekarang tidaklah semahal seperti satu ketika dulu. Satu web boleh didapati dalam lingkungan harga antara RM1000-RM2000. Sebenarnya membina web tidaklah mahal sekiranya ada kemahiran untuk membinanya sendiri. Kelebihan bila memiliki web sendiri adalah, kita bebas. Tidak tertakluk kepada sistem orang lain, yang mungkin ada iklan,syarat dan sebagainya. Kita boleh tentukan sendiri apa yang ingin kita tunjukkan tanpa ada sebarang sekatan.


    Platform
    Kos untuk beriklan di platform jauh lebih murah dan ada juga yang percuma. Ia amat sesuai untuk mereka yang baru ingin membina nama dalam perniagaan. Seperti FB,Instagram, shopee, Lazada dan pelbagai lagi medsos. Platform seperti ini mempunyai pengkhususan tertentu dan mempunyai kelebihan dari trafik yang banyak. Jadi keberankalian untuk baal pelanggan melihat perniagaan kita adalah tinggi. Servispro.my juga adalah sebahagian daripada platform yang mengkhususkan kepada pencarian tukang-tukang sahaja. Web yang mempunyai pengkhususan dan content yang sentiasa dikemaskini amat disukai Google. Jadi ia akan sentiasa berada di ranking yang tinggi.Tidak seperti FB, pasarannya amat luas, dan kadang-kadang sedikit sulit untuk kita mencari maklumat dengan tepat.Iklan yang banyak dan sudah tepu membuatkan pelanggan hanya melihat sambil lalu sahaja.

    Yang mana lebih baik?

    Untuk membina jenama dan pergi lebih jauh, sesebuah perniagaan amat penting untuk memiliki sebuah domain/website. Ia adalah tempat dimana kita membina jenama dan kredibiliti dalam perniagaan. Bayangkan marketing terus berjalan walaupun kita sedang tidur. Namun, membuat listing di platform juga sangat penting sebagai sokongan kepada pelan pemasaran yang telah sediaada. Kedua-duanya penting untuk bergerak dan saling kuat-menguatkan. Bayangkan jika kita ada satu website, dan pengiklanan di beberapa platform. Jika orang tidak masuk kedai yang ini, pasti akan ada yang masuk di cawangan yang lain.

    Sekiranya anda mempunyai perkhidmatan, carilah platform yang khusus dalam bidang perkhidmatan anda. Insyaallah pasti memberikan impak yang positif kepada perniagaan anda.

    RBDS - Raja Badreen Design Studio Kuantan
    Buka Akaun Syarikat Dengan Mudah Serendah RM1000

    Related Posts

    By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://www.servispro.my/

    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.