fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my

    Tidak ada masa untuk improve? Sibuk Sangat ni

    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk dan pekerja juga semuanya sibuk. Tiada masa yang cukup untuk membangunkan syarikat dan pekerja. Semuanya bekerja siang malam untuk menyiapkan tugasan masing-masing sehingga tiada masa untuk improve kerja tersebut.

    Saya perhatikan karektor lego dalam satu situasi pembinaan. Dua orang sedang menolak dan menarik bongkah batu dengan susah payah. Dalam situasi itu, ada seorang rakan yang mempunyai idea untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan lebih mudah, namun inilah jawapan mereka dan jawapan yang selalu kita dengar,

    " Kami tiada masa nak ubah itu ini, banyak kerja untuk disiapkan"

    " Tak nampak ke kami sedang buat kerja, lambat…benda baru nak kene belajar lagi"

    "Walhal, kita sebenarnya dapat siapkan kerja tersebut dengan lebih cepat dan mudah jika ambil seminit dua untuk menambahbaik cara dan alatan yang digunakan."

    Ini adalah isu yang banyak dihadapi oleh bisnes dan apa-apa pekerjaan sekalipun. Kita sudah selesa dengan cara bekerja, jadi tidak fikir lagi cara untuk buat dengan lebih baik dan cepat. Jika kita boleh berhenti sekejap, berfikir, apakah dan bagaimana cara untuk menambahbaik kerja-kerja yang kita lakukan, kita mungkin boleh menyelesaikan lebih banyak kerja dengan usaha yang lebih ringan. Efektif bukan? 

     Berikut adalah beberapa strategi bagaimana cara untuk memudahkan atau menambahbaik urusan seharian :

    Mulakan dengan perkara-perkara kecil
    Jangan mulakan dengan kerja yang besar-besar, long term project. Inilah yang menyebabkan kita rasa tiada masa untuk menambahbaik diri. Sudahnya, kita langsung tiada masa untuk bermula. Ambil kerja-kerja yang kecil dahulu. Contohnya, mulakan kerja membuat sebut harga-invois dengan menggunakan apps. Sedikit advance dari biasa, hantar guna email – jimat kertas, kurangkan pembaziran dan berikan impak yang bagus untuk alam sekitar. Itu sahaja dulu. Misalnya

    • Tukar cara beriklan anda, dari fotostat dan edar iklan ke rumah-rumah. Gunakan medium internet seperti buat laman web, FB page dan masuk ke direktori atau mula dengan perkhidmatan iklan berbayar.
    • Atau, beli alatan baru yang lebih canggih skit, agar proses kerja lebih cepat, mudah dan berkualiti. Takdelah potong pokok pakai kapak selamanya, pakai chainsaw lah pulak.
    • Jika selama ni pakai software percuma yang terhad, apakata cuba beli yang full-feature pulak.
    • Pergi kursus skill baru, upgrade tools atau mesin baru, ambil pekerja baru atau hentikan pekerja bermasalah, ini semua untuk meningkatkan produktiviti.
    • Atau apa-apa proses yang boleh memudah dan mempercepatkan kerja harian kita. Apa sahaja, tentu ada.

    Zaman teknologi IT ni, banyak proses yang boleh kita mudahkan dan bantu kita dalam perniagaan supaya lebih efektif, teratur dalam dokumentasi dan tampak lebih professional. Kami sharekan beberapa tools untuk anda ambil manfaat.

    • Wave Accounting ( https://www.waveapps.com )
      Perisian ini boleh menghasilkan invois-sebut harga secara dalam talian. Software perakaunan ini boleh didapati secara percuma, sangat mudah digunakan dan menjimatkan masa. Boleh terus hantar invois ke e-mail dan fungsi mengingatkan pelanggan dengan reminder. Boleh diakses menggunakan telefon dimana sahaja selagi ada internet. ( Kami akan sharekan dalam post akan datang)

    • Sosial Media
      Pemasaran sangat penting bagi perniagaan. Gunakan mediasosial untuk mempamerkan dan kemaskini aktiviti perniagaan walaupun sekadar mengepos bungkusan di pejabat pos. Ini melihatkan perniagaan yang dijalankan aktif dan menambah keyakinan pelanggan. Ini juga menjadi medium pengiklanan secara berterusan. Malah penggunaan FB,twitter,instagram seolah wajib bagi yang ingin menjalankan perniagaan kini.

    • Pengiklanan - Direktori
      Tidak hanya bergantung pada media sosial, menyenaraikan perniagaan di platform atau direktori tempatan yang sesuai dengan perniagaan anda juga amat membantu. Ini akan dapat memudahkan pelanggan mendapat maklumat berkenaan perniagaan anda. Tidak perlu lagi sentiasa post iklan di FB. Contohnya :
      • 1.Mudah.my (pelbagai jenis jualan dan perkhidmatan)
      • 2.Servispro.my (perkhidmatan carian tukang berasaskan pembaikan rumah & bangunan) 

    • Apps Kontraktor
      Menggunakan manfaat telefon pintar sepenuhnya, misalnya memuat turun aplikasi khas seperti, contractor calculator, construction calculator dan sebagainya untuk membuat kiraan agar dapat membuat keputusan secara tepat dan cepat.


    Semoga tulisan ini dapat memberikan manfaat kepada yang membacanya. Selamat maju jaya!

    Asas Pengurusan Kewangan
    Jangan terpedaya dengan agen!

    Related Posts

     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Tuesday, 19 November 2019
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    221 Hits
    Perniagaan
      Pada tahun yang mencabar ini, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan untuk meningkatkan taraf kewangan. Tambahan dengan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, rata-ra...
    182 Hits
    Protips
    Blog
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    163 Hits
    Protips
    Blog
     [ 1 ] Memaksimumkan Kecekapan Aircond ⚡Fungsi penapis udara dalam aircond adalah untuk menangkap habuk dan zarah asing lain dalam udara.Bila penapis udara tu kotor dan tak di...
    133 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harg...
    124 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.