• +6013-9526200
  • support@servispro.my

    3 Idea Best di Waktu PKP

    PKP 2.0 bakal bermula. Pastinya akan terus beri kesan kpd tukang-tukang & kontraktor kerana tempoh ini segala kerja fizikal sama sekali amat terhad. Tetapi, takkan kita nak biarkan masa berlalu sebegitu sahaja. Mesti ada sesuatu bermanfaat yang kita boleh buat untuk kesinambungan bisnes . Salah satunya ialah terus jalankan pemasaran/marketing. Hari ini kami nak kongsikan 3 idea mudah yang boleh anda lakukan untuk bisnes anda.

    Buat Blog

    • Menulis boleh membina kredibiliti anda. Siapa nak baca? Jangan tanya, tulis sahaja. Bina satu blog untuk bisnes jika belum ada.Boleh gunakan wordpress (wordpress.org) atau blogspot(blogspot.com) mudah sahaja. Nak tulis apa? Kongsilah pengalaman, tips dan perihal kerja bisnes anda. Letak gambar-gambar projek anda atau buat tutorial membaiki benda-benda mudah pun boleh. Tak semestinya promosi atau menjual. Dengan kongsi tips, anda akan dilihat sebagai pakar secara tak langsung ia juga bentuk promosi. Di Platform Servispro.my juga menyediakan platform untuk anda menulis. Anda boleh cuba platform ini jika tidak mahu pening dengan blogspot/wordpress. Login dan pergi ke dashboard blog anda untuk mula menulis.


    Buat Video

    • Zaman ni semua orang buat video dan kurang membaca. Jika anda berbakat, boleh buka channel youtube untuk periagaan anda. Sama juga dengan konsep blog, kongsikan apa saja bentuk ilmu yang menjadi kepakaran anda. Upload ke Youtube dan share ke FB page/group di lokasi anda. Ia boleh membantu anda membina jenama(branding) dan dikenali. Lebih kerap anda muatnaik video, lebih ramai orang kenali anda, lebih ramailah yang inginkan perkhidmatan.
    • Bagi yang ada FB, boleh juga post video-video kerja anda sambil berkongsi manfaat kepada orang awam.

    Kemaskini Data Pelanggan

    • Anda pasti telah banyak memberikan perkhidmatan. Apakata korek2 HP anda utk kumpulkan balik nama, no telefon, email pelanggan lama. Boleh catatkan dalam Excel atau gunakan Google Spreadsheet/Form yang PERCUMA (https://docs.google.com/spreadsheets ) - Boleh juga lihat tutorial di https://youtu.be/sJrVuArmU5U
    • Kenapa? Mencari pelanggan baru lebih susah berbanding mengekalkan pelanggan sediaada. Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan anda sudah mempunyai trust/kepercayaan dan tidak susah untuk mereka repeat kembali. Mereka juga boleh recommend rakan mereka dengan lebih mudah, jika ingat pengalaman menggunakan khidmat anda yang awesome. Data yang dikumpul boleh digunakan untuk followup/iklan/whatsapp sekiranya mereka perlukan khidmat di masa akan datang.Bayang jika anda ada 1000 data di lokasi anda, apakah ia susah untuk buat next sale kepada pelanggan yang sama?

    Kuantan Renovation Wainscoting
    Kuantan Renovation Wainscoting Work

    Related Posts

    By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://www.servispro.my/

    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.